Sinopsis Kolumpo (2013)
Mengisahkan seorang imigran India yang baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk berkerja dan mendapati syarikat yang mengupahnya bekerja rupa-rupanya sudah ‘bankrup’. Dia kemudian diselamatkan seorang tauke mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di bandar raya ini.

Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyuk mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari.

Sementara itu, di Ampang pula seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut keting–galan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.(sinopsis dari metro)

Pengarah
Sheikh Munasar, Rozi Izma dan Bront Palarae

Lakonan
Sharifah Amani, Azad Jasmin, Nell Ng, Ruminah Sidek, Soffi Jikan, Amirul Ariff, Mano Maniam

Tarikh Tayangan
5 Disember 2013

Facebook-Kolumpo