Sinopsis, Trailer dan Di Sebalik Tabir Filem Laki-Laki
Mengisahkan zaman kemuncak kegemilangan Razak, Abu, Azman, Samad dan Jerry, mereka tersungkur dan berikutan itu dipertemukan pula dalam satu insiden tidak dijangka.

Mereka berlima tidak pernah bertemu sebelum ini, namun berhadapan situasi sama apabila malang menimpa kerjaya mereka sehingga memerlukan bantuan untuk menaikkan semula semangat.

Lantas, mereka pun mengambil keputusan menyertai satu program motivasi dan belum sempat sampai ke lokasi dituju, kapal terbang dinaiki mereka terhempas ke sebuah pulau asing.

Masing-masing memiliki ego tersendiri maklum saja sebelumnya mereka cukup hebat dalam kerjaya sendiri tapi pada pertemuan berkenaan, mereka terpaksa akur dan terserlah sifat sebenar.

Bagaimanapun, setiap pertemuan pasti ada hikmahnya dan semakin mengenali hati budi masing-masing, daripada situ timbul kesedaran mereka saling memerlukan.(sinopsis dari metro)

Pengarah
Ollyn Khadri

Lakonan
Angah Raja Lawak, Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie Raja Lawak dan Azrel Ismail

Tarikh Tayangan
19 Disember 2013