Sinopsis Tokan Lakonan Zizan Razak, Wan Hanafi Su, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, dan Johan As’ari 
Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua Tokan di Malaysia termasuk Tuan Kamil (Wan Hanafi Su). Tuan Kamil adalah Tokan terbesar di Melaka dan mempunyai dua anak perempuan iaitu Suri serta Wana. Ada tujuh lagi Tokan lain antaranya Mat Lobe di bawah Tuan Kamil.

Mat Lobe pula adalah Tokan paling muda di Melaka dan seorang yang kelakar serta suka bergurau. Sementara itu, Suri, Wana, Yusof dan Solihin, seorang lagi Tokan di Melaka sering disakat Mat Lobe. Solihin seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah dan dia banyak menghabiskan masa dalam makmal memproses bahan haram itu.

Sementara, Yusof berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan sebelum ditawarkan bekerja di sebuah kilang dimiliki Tuan Kamil. Selepas beberapa bulan kerja, Tuan Kamil menganggap Yusof sebagai anak sendiri dan melantik lelaki itu sebagai pegawai peribadinya.

Sepanjang berkhidmat dengan Tuan Kamil, Yusof tidak pernah terbabit dalam kejadian tidak diingini sehingga terjumpa dengan Rano. Rano (Johan As’ari) seorang pegawai tentera yang menarik diri daripada perkhidmatannya kerana diupah individu untuk membunuh semua Tokan di Malaysia.

Selain melakukan kerja sebagai pembunuh upahan, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di negara ini berikutan adik perempuannya ditangkap kerana menjadi keldai dadah di Brazil. (Sinopsis dari metro 24/12/2013)

Pengarah
Ghaz Abu Bakar

Pelakon
Zizan Razak, Wan Hanafi Su, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Liyana Jasmay, Johan As’ari dan Wanna Ali.

Tarikh Tayangan
26 Di­sember 2013