sumber gambar dari Instagram remyishak |
Mengisahkan hubungan dua adik-beradik iaitu Jiwa dan abangnya, Iskandar yang renggang akibat perasaan tidak puas hati dan cemburu pada sikap pilih kasih bapa mereka, Alif Rizal.
Alif Rizal, seorang bekas tentera yang mempunyai dua isteri dan dua anak bersikap tidak adil terhadap isteri pertama, Mastura dan anak mereka, Iskandar.
Lebih memberi perhatian kepada isteri kedua, Zulaikha dan anak mereka, Jiwa membuatkan Mastura dan Iskandar berasa terpinggir dan diabaikan.
Apatah lagi, apa saja perbuatan Iskandar tetap salah pada mata Alif Rizal yang sering memukulnya sejak kanak-kanak sehingga dewasa. Namun, Iskandar tetap menyayangi bapanya dan mahu membuktikan sesuatu.
Jiwa yang penuh dengan sikap kasih sayang dan lemah lembut pula sering berselisih pendapat dengan bapanya, Alif Rizal yang mahu dia aktif dalam sukan Muay Thai seperti Iskandar.
Memiliki impian untuk menjadi seorang guru membuatkan Jiwa memilih jalan hidupnya sendiri. Pun begitu, dua adik-beradik yang tidak sebulu ini terjebak dengan cinta tiga segi bersama seorang gadis jelita, Fara (Siti Elizad).
Apakah konflik di antara Jiwa dan Iskandar semakin teruk hingga tiada jalan penyelesaian buat mereka? Siapakah pula sebenarnya yang menjadi pilihan Fara?(petikan sinopsis dari metro 5/12/2013)
Kamal Adli, Remy Ishak, Faizal Hussein, Siti Elizad, Liza Shadan, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Cico Harahap dan Wan Raja.
Mulai 5/2/2014, setiap Rabu jam 9 malam di TV3
0 Ulasan