Sinopsis Pintu Lain Ke Syurga (Sempena Maulidur Rasul 2014) Cerekarama TV3
Selepas 5 tahun dipenjarakan atas kesalahan menagih dadah, Haris akhirnya dibebaskan. Penduduk kampung memandang serong terhadapnya. Walaupun kehadirannya diterima oleh ibu, kakak (Odah) dan adiknya (Nani) tetapi tidak bagi abang iparnya, Nasir.

Nasir melayan Haris dengan buruk lantaran merasa terbeban kerana terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah kematian bapa Haris. Odah juga sering menjadi mangsa kemarahan Haris yang bengang kerana Odah tidak mampu melayan permintaannya kerana penyakit rahim yang dihidapinya.

Sementara itu, Suri kekasih lama Haris masih setia kepadanya namun perhubungan itu ditentang keluarga Suri. Haris menyedari sikap Nani yang kini tidak lagi bersekolah, seperti tidak ceria dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Apakah pengakhiran pergolakan yang melanda kehidupan keluarga ini? (sinopsis dari web TV3)

Lakonan
Remy Ishak, Fizz Fairuz, Amyza Aznan, Aida Khaleda, Leez Rosli dan Datuk Ahmad Tarmim

Sabtu 11 Januari 2014 jam 10 malam di TV3

Promo
youtube- http://youtu.be/bjOEyCkU8PQ