sumber gambar dari page fb Double Vision

Sinopsis Ryujin Juwara TV3
Mengisahkan tentang Andil (Iedil Putra), seorang pemuda kampung yang merupakan adik didik kepada Tok Mantin (Fathil Dani) yang mengusahakan perniagaan batik. Andil seorang tukang batik yang berbakat besar dan dia menjalani rutin hariannya seperti penduduk kampung yang lain. Andil rapat dengan Maya (Faralyna Idris), anak perempuan kepada Tok Mantin. Selepas kehadiran seorang jurufoto dari Kuala Lumpur iaitu Shafiq (Ali Alasri), Andil mula berasa cemburu apabila melihat Maya turut berkawan baik dengan Shafiq.

Suatu hari, Kampung Batik menjadi riuh rendah apabila batu Mabui yang diwarisi secara turun temurun dan juga merupakan simbolik kesejahteraan hidup kampung telah dirampas oleh tentera Majimun. Aki Manang (Zaki Zabidi), seorang pertapa telah menghantar pari-pari bunga raya, Hibi (Siti Aziz) untuk menemui orang yang telah ditakdirkan (the chosen one) untuk menjadi Ryujin Juwara yang akan menjalankan misi untuk merampas batu Mabui semula daripada konco-konco Majimun.  

Daripada seorang pemuda kampung yang biasa, Andil telah bertukar menjadi Ryujin Juwara, seorang adiwira yang perlu bangkit untuk melindungi kampungnya. Malah, Ryujin Juwara perlu bergabung tenaga dengan Syafiq yang diberikan kuasa sebagai Ryujin Gelora. Menerusi pengembaraan luar biasa ini, Andil mula menghayati keindahan budaya Melayu dan menjalankan misinya untuk menegakkan keadilan. Berjayakah Ryujin Juwara merampas batu Mabui semula dari tangan tentera Majimun?(sinopsis dari web TV3)

Setiap Jumaat, mulai 17 Januari 2014 - 7.30 malam di TV3

Promo

sumber video-Khairul Hazim Zainudin @ youtube