Sinopsis Muka Surat Cinta lakonan Mikail Andre dan Nina Iskandar
Mengisahkan pencarian cinta seorang penulis novel terlaris, Putra (Mikail Andre) yang bersikap dingin dengan isterinya, Luna (Nina Iskandar) kerana mereka berkahwin secara paksa atas kehendak keluarga.

Putra menjadi keliru dengan perasaannya sepanjang perkahwinan bersama Luna sehinggalah dia mendapat petunjuk dari novel berjudul Mencari Cinta yang dibacanya dan menjadikan Putra tertarik pada coretan dalam setiap muka surat.

Berminat untuk mengenali siapa wanita yang pernah menuliskan ungkapan yang cukup bermakna itu membuatkan Putra berusaha habis-habisan menjejaki si gadis empunya diri.

Justeru, mampukah Putra menemui gadis impian hatinya yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Di Awan. Bahkan, bagaimana pula dengan ikatan perkahwinannya bersama Luna? (petikan sinopsis dari Metro (Mengintai cinta ‘Nur Di Awan’))

Pengarah
-Pierre Andre

Lakonan
Mikail Andre, Nina Iskandar, Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Hilal Azman dan Afiera Riana.

Tarikh Tayangan
16 Januari 2014

Trailer
youtube - http://youtu.be/y_CRCuhADas