Sinopsis Sejoli Lakonan Bront Palarae Dan Maya Karin
Mengisahkan perjalanan Joe (Bront Palarae) ke Phuket selepas hatinya hancur ditinggalkan kekasihnya Nita (Izara Aishah).

Ketika hendak bertolak ke sana, Joe bertemu dengan Gina (Maya Karin) yang turut ke Phuket selepas ditinggalkan kekasihnya, Hardy (Remy Ishak).

Selepas berlaku beberapa insiden yang turut menyatukan mereka, Gina dan Joe juga mendapat tahu bekas kekasih masing-masing rupa-rupanya hangat bercinta.

Mereka juga berpakat untuk membantu antara satu sama lain untuk melupakan bekas pasangan masing-masing.

Namun, pada masa sama, mereka masih gagal melupakan bekas pasangan masing-masing.

Pelbagai taktik kotor dilakukan Joe dan Gina dengan harapan hubungan Nita dan Hardy akan berakhir dengan bantuan sahabat baik mereka Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jazmin) sehingga tibanya hari pernikahan Nita dan Hardy.

Berjayakah misi yang dilakukan Gina dan Joe untuk memusnahkan kebahagiaan pasangan baru itu?

Dapatkah hubungan cinta yang lama dikembalikan? (petikan sinopsis dari metro)

Pengarah
Osman Ali

Lakonan
Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak, Izara ­Aisyah, Dira Abu Zahar dan Azad Jazmin

Tarikh Tayangan
20 Februari 2014

Trailer
Klik http://youtu.be/ujcLKwduuHg (youtube)