Telefilem Luth Mahfuz TV3 (Sempena Maulidur Rasul 2014) - yusufultraman.com //]]>
News Update
Loading...

Isnin, Januari 13, 2014

Telefilem Luth Mahfuz TV3 (Sempena Maulidur Rasul 2014)


Sinopsis Luth Mahfuz TV3 Lakonan Siti Saleha, Fizz Fairuz dan Puteri Syasya
Eyma mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian terhadap anaknya, Aqish yang mengalami lemah jantung. Eyma terkejut apabila tiba-tiba suaminya, Haziq telah menyatakan hasrat untuk bercerai dan menyerahkan kertas tentang pembahagian harta sepencarian mereka.

Namun, Eyma tidak mahu sebarang harta sebaliknya Eyma cuma meminta Haziq melayannya dengan kasih sayang serta melakukan aktiviti romantik seperti mereka baru berkahwin selama empat puluh hari. Selama empat puluh hari Haziq juga disuruh untuk mengikut sunnah-sunnah nabi sebagai amalam hariannya.

Haziq menunaikan permintaan itu kerana baginya ianya hanya tempoh yang singkat dan selepas itu dia boleh kembali bersama bekas kekasihnya. Doktor yang melawat Aqish selalu menceritakan perihal kes pesakitnya di dalam blog. Eyma terharu sekurang-kurangnya masih ada lagi insan lain yang mengambil berat tentang Aqish sementara suaminya sendiri mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.(sinopsis dari web TV3)

Lakonan
Siti Saleha, Fizz Fairuz, Raja Ilya, Wan Sharmila, Arash Mohammad dan Puteri Syasya

Isnin 13 Januari 2014, jam 10 malam di TV3

Promo
youtube - http://youtu.be/xOWgfsxvMJw

Klik OST - Lirik OST Telefilem Luth Mahfuz TV3

Share with your friends

2 ulasan

Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done