sumber gambar dari page fb TV3

Sinopsis Setulus Kasih TV3 lakonan Azlee Khairi dan Amyra Rosli
Percintaan Zulaikha dan Kamil ketika bersekolah berakhir apabila Zulaikha melanjutkan pelajaran. Kamil yang kecewa dan kesunyian tersalah memilih rakan dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Setelah menginjak dewasa, Zulaikha berkerja di rumah kebajikan manakala Kamil selalu memberikan motivasi di rumah-rumah kebajikan.

Zulaikha bertemu kembali dengan Kamil dan hubungan mereka kembali mesra. Ketika itu Dr Mikhail yang merupakan bapa tunggal juga sukakan Zulaikha namun anaknya tidak dapat menerima kehadiran Zulaikha.

Kamil didapati mengihidapi penyakit HIV. Namun demi cinta dan mahu menjaga Kamil Zulaikha sanggup untuk menjadi isteri Kamil. Dr Mikhail habis-habisan mahu menghalang perkahwinan ini kerana baginya perkara itu tidak masuk akal wanita secantik Zulaikha mahu berkahwin dengan pesakit HIV. Adakah sudah ketentuan Ilahi bahawa jodoh Zulaikha bersama Kamil? Sama-sama kita saksikan. (sinopsis dari web TV3)

Lakonan
Azlee Khairi, Amyra Rosli, Arja Lee, Namron, Ustaz Dini.

Selasa 14 Januari 2014, jam 10 malam di TV3

Promo
youtube - http://youtu.be/wD_IKul5kvg