Sinopsis Autumn Di Hatiku Musim Ke-2 Lakonan Hanez Suraya dan Kim Jin Sung
Nina kembali solo dan menguruskan perniagaan bakeri. Selain memendam rasa rindu terhadap Zidick dan Autumn, Nina perlu berhadapan dengan pesaing perniagaannya. Sebuah kedai bakeri milik Summer (Youmie) baru saja dibuka dan menarik perhatian ramai pelanggan.

Nina, Jaja dan rakan mereka Ramon mula merancang strategi untuk mengatasi pesaing perniagaan mereka yang juga adalah seteru Nina untuk merebut perhatian Autumn. Rakan perniagaan Autumn, Rizal Abdul Waris (RAW), pula tiba-tiba muncul cuba memikat hati Jaja tetapi pada masa sama mahu menyingkirkan Autumn daripada syarikatnya. (sinopsis dari metro)

Lakonan
Hanez Suraya, Kim Jin Sung zzaty Abdullah, Amran Ismail, Iedil Putra dan Youmie Robert

Mulai Khamis 27/2/2014, Isnin hingga Jumaat di www.tonton.com.my

Promo
http://youtu.be/5brMqJRoJQU