Sinopsis Filem Zombi Kilang Biskut - yusufultraman.com
News Update
Loading...

Sunday, March 16, 2014

Sinopsis Filem Zombi Kilang Biskut


Sinopsis Zombi Kilang Biskut Lakonan Awie, Usop Wilcha, Sofi Jikan dan Man Kadir
Mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai juruteknik selepas kecewa di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Wahab B, Pian dan Sofea. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang tempat mereka bekerja.

Secara tidak langsung, kampung mereka juga turut didatangi hantu Kamariah yang ingin mencari Usop yang membunuhnya. Ramai lelaki yang menjadi korban Kamariah termasuk zombi, dalam usahanya mencari Usop.
gambar -metro

Konflik ini mencetuskan huru-hara di Kampung Pisang dan keadaan bertukar menjadi kucar kacir selepas mereka mendapat tahu zombi mula menyerang.

Husin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama-sama berusaha menentang zombi, tetapi semasa mereka hendak me­nyerang zombi, mereka diserang pula oleh hantu Kamariah.

Apakah yang terjadi seterusnya. Adakah Husin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah yang mengganggu mereka? (petikan sinopsis dari metro 14/3/2014)

Pengarah
Mamat Khalid

Lakonan
Awie, Usop Wilcha, Sofi Jikan, Man Kadir, Shuk SYJ, Eina Azman dan Dayana Roza

Tarikh Tayangan
-20 Mac 2014


Share with your friends

Give us your opinion

Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done