Sinopsis Kusinero Cinta (Mustika HD) Lakonan Aron Aziz, Jericho Rosales Dan Tiz Zaqyah
Mengisahkan Fredo adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef berjaya. Namun, sebelum cita-citanya menjadi kenyataan, Fredo terpaksa melalui pelbagai dugaan de–ngan penuh sabar.

Sementara itu, Edrinna pula gadis dari Malaysia yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di negara itu. Secara kebetulan, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya, perjalanan hubungan mereka agak kurang baik.

Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka menjadi akrab. Fredo yang sebelum itu tiada tempat tinggal dan pekerjaan, akhirnya diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran terkenal di Manila. Pun begitu, Fredo bermula sebagai pencuci pinggan.

Bagi Syed Izmir pula, minatnya terhadap bidang masakan sangat mendalam. Namun, demi memenuhi impian keluarganya untuk mewarisi perniagaan diusahakan, dia terpaksa melupakan impian untuk bekerja di dapur sebagai chef dan menyambung pengajiannya dalam jurusan perniagaan.

Justeru, adakah hubungan cinta terjalin di antara Fredo dan Edrinna? Bagaimana pula dengan Syed Izmir yang terpaksa mengorbankan minatnya demi keluarga? Apakah yang berlaku seterusnya kepada Fredo, Edrinna dan Syed Izmir dalam hubungan dijalin mereka?  (sinopsis dari metro 24 Mei 2014)

Lakonan
Aron Aziz, Jericho Rosales, Tiz Zaqyah, Shakilla Khoriri, Datuk Jalaluddin Hassan, Jasmin Hamid, Miera Liyana, Ziela Jalil, Nabila Daly dan Arash Mohamad.

Mulai 26 Mei 2014 (Isnin-Rabu) di Mustika HD Saluran 134

Promo
http://youtu.be/qVnOU0saT88