Sinopsis Filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 - yusufultraman.com
News Update
Loading...

Monday, May 19, 2014

Sinopsis Filem Suatu Malam Kubur Berasap 2


Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap 2 Lakonan SHIRO Raja Lawak 6 Dan Azad Jazmin
Kemeriahan dunia lawak semakin rancak apabila munculnya sebuah kumpulan yang telah menjuarai program realiti. Kumpulan ini terdiri daripada Amir dan Nayan yang kedua-duanya merupakan kawan baik sejak dari kampung. Pada ketika nama mereka sedang melonjak naik, pengarah dan penerbit filem terkenal En Kong Keng Huat telah mempelawa mereka untuk berlakon di dalam sebuah filem seram.

Namun begitu, kedua-dua mereka hanya berkebolehan untuk berlakon di dalam cerita komedi sahaja. Hal ini kerana mereka sememangnya tidak mempercayai alam mistik serta kewujudan hantu dalam kehidupan ini. Pengalaman dan kegagalan drama-drama seram sebelum ini membuatkan Amir dan Nayan tidak mahu melibatkan diri dalam lakonan filem seram yang ditawarkan kepada mereka.

Atas nasihat dan umpan yang telah diberikan oleh Chot, mereka bersetuju untuk pulang ke kampung halaman mereka untuk menimba pengalaman seram. Ini kerana meraka mengenali seorang bomoh bernama Tok Mat di kampung mereka. Tok Mat juga mempunyai seorang anak gadis bernama Julia dan mereka berdua juga menyimpan perasaan terhadapnya.

Sedikit demi sedikit kejadian telah dilalui mereka. Setiap malam pelbagai perkara yang telah terjadi. Pelbagai persoalan bermain difikiran mereka. Mereka seolah-olah keliru dengan apa yang terjadi di dalam rumah tersebut. Apakah yang berlaku di rumah itu? Siapakah yang menggangu mereka? Adakah mereka selamat di rumah itu? Berbaloikah pengalaman yang dilalui untuk masa depan karier mereka? (sinopsis dari web www.suatumalamkuburberasap.com)

Pengarah
Ernie Chen

Lakonan
Ajak dan Shahrol SHIRO, Azad Jazmin, Rahim R2, Mr. Os , Soo Wincci

Tarikh Tayangan
12 Jun 2014

Web
www.suatumalamkuburberasap.com

Facebook
www.facebook.com/suatumalamkuburberasap

Trailer

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done