Sinopsis Drama Ahli Mesyuarat Tingkap TV3 (13 Episod)
Mengisahkan 3 orang rakan baik yang saling mengenali di bangku sekolah menengah lagi. Setelah dewasa dan bekerjaya mereka cuba menganjurkan majlis pertemuan semula yang digelar ‘Reunion of The Year’ untuk rakan-rakan sekolah mereka.

Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap. Mana tidaknya, bukan sahaja pasal pencarian teman-teman lama mereka dibincangkan malah bahan gosip juga tidak kurang menjadi perhatian tiga sahabat wanita ini. Apa sahaja yang terlintas di hati mereka ada sahaja yang ingin dibualkan. -petikan dari web extra.tonton.my

Lakonan
Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Sherry Alhadad

Mulai esok (23 Mac 2016) Isnin - Khamis, jam 6.30 petang di TV3