Sinopsis Warna Cinta Impian Lakonan Awie Dan Erra Fazira
Mengisahkan percintaan dan konflik kehidupan dunia moden yang berkisar di antara Daniel seorang Akitek dan Diana seorang Peguam menjadi nadi penceritaan. Perkahwinan Daniel dan Diana di atur oleh keluarga masing-masing dan bukan atas dasar cinta. Mereka cuba menyemai rasa cinta dalam rumah tangga mereka tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.

Ketegangan baru pula bermula dengan kemunculan Erra, kakak angkat Daniel dari Australia yang menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie yang kecundang lebih dua dekad dahulu. Kebetulan pula Awie adalah abang kepada Diana. Erra dan Awie akhirnya mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana.

Mampukah mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini? Adakah keegoan Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Mampukah cinta berputik kembali selepas kekecewaan cinta pertama? -Sinopsis dari youtube Touchtronics Entertainment dan rujukan dari facebook filem Warna Cinta Impian

Pengarah
N. S Krishna

Lakonan
Awie, Erra Fazira, Shiqin Kamal, Erwin Shah Dawson, Azlee Khairi, Nazeera Sardi, Fad Bocey dan Datuk David Arumugam.

Tarikh Tayangan
31/3/2016