Sinopsis Drama Antara Dua Dunia Lakonan Izzue Islam Dan Nad Zainal (13 Episod)
Mengisahkan Raisha adalah graduan institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang juga anak tunggal kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Ridwan. Prinsip Raisha dan bapa­nya sangat bercanggah sehinggakan mereka sering berselisih faham. Dia tidak mahu hidup bertuhankan harta dan lebih mementingkan nilai murni dalam setiap perkara yang dilakukan.

Datuk Ridwan ingin menjodohkan Raisha dengan anak rakannya dengan harapan perniagaan mereka semakin maju. Satu hari, Raisha dan Ridwan bergaduh di hadapan Azman yang baru sehari bekerja di syarikat itu.

Berang dengan sikap Raisha, Ridwan mencabar dia berkahwin dengan Azman. Tidak mahu mengalah Raisha menyahut cabaran bapanya. Raisha cuba mengenali Azman dengan lebih rapat. Keperibadian dan latar belakang jejaka itu meyakinkan Raisha untuk meneruskan cabaran bapanya. petikan sinopsis dari metro 17 Mac 2016 dan rujukan fb Alhijrah dan youtube TVAH promo

Lakonan
Izzue Islam, Nad Zainal, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi

Mulai malam ini (Ahad-1/4/2016), jam 9.30 malam di TV Alhijrah

Promo