Sinopsis Hajat TV3 (12 Disember 2016) - Sempena Maulidur Rasul


Sinopsis Telemovie Hajat TV3 Sempena Maulidur Rasul 2016

Dilla dan Imam berkahwin selepas tamat pengajian dan dikurniakan Haykal. Kedua-duanya bekerja keras untuk mengumpul harta namun, tekanan hidup menyebabkan mereka berdua sering bertengkar.

Ibu bapa Dilla dari kampung datang melawat dan terperanjat bila anak (Haykal) tidak tahu menunaikan solat dan tak pandai baca apa-apa surah.
Selepas ibu bapa Dilla pulang ke kampung, Haykal mula menegur ibu, bapa, datuk dan neneknya (mertua Dilla) yang lalai dalam soal agama.

Akibat teguran tersebut, tercetusnya pergaduhan besar antara Imam dan Dilla. Haykal berdoa supaya ibu dan ayahnya bersatu kembali dan dapat solat bersama-sama seperti di masjid. Namun, tiba-tiba Haykal jatuh sakit.

Lakonan
Ungku Ismail, Wan Sharmila, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari dan Mohd. Airel

Isnin, 12/12/2016
Jam 2 petang di TV3

rujukan web astro (tv guide) dan kosmo online

0 Ulasan