sumber gambar page fb TV2

Sinopsis Telefilem Azam Yang Terlampau Di Slot Citra TV2 Lakonan Ika Nabila, Beto Kusyairy, Fathia Latiff, Hairi Safwan, Fadhil Dani, & Didie Alias.

Mengisahkan Sudin, pemandu van di sebuah syarikat ditahan oleh Amri dengan pistol. Bersama Amri ialah Manisah dan Rosiah yang juga berpakat untuk lari dari kampung bersama alasan masing-masing. Amri dikehendaki oleh orang kampung gara-gara skim cepat kaya yang diperkenalkannya.

Rosiah dipaksa berkahwin dengan Haji Sahak yang seusia ayahnya bagi melupuskan hutang ayahnya. Manisah membawa diri kerana cita-citanya untuk menghadiri uji bakat sebagai pelakon di Kuala Lumpur tidak direstui ibunya.

Selasa (malam ini), 3/1/2017
Jam 10 malam di TV2

rujukan web rtm dan page fb TV2