Air Fryer: Resepi Loaded Bread Pudding


Resepi Menggunakan Air Fryer Dan Cara Membuat Loaded Bread Pudding Simple Dan Sedap.

Bahan-Bahan
-1 biji telur gred A
-Esen vanila
-3 keping roti potong 2
-Butter (untuk sapu di roti)
-1 sudu makan Gula perang
-250 ml Susu full krim/susu cair
-Susu pekat manis
-Cranberry
-Coklat beryl's(bentuk coin)
-Hazelnut
-Walnut

Cara-Caranya
-Susun roti yang di sapu butter. Letak dalam bekas bakar, sapukan susu pekat manis Dan taburkan cranberry n coklat beryl's.

-Tindih dengan roti lagi yang dah siap sapu butter, ulang buat yang sama mcm di atas smpai penuh bekas. Last tabur coklat, cranberry Dan kacang2 tadi (Hazelnut dan Walnut)

-Ambik bekas lain, kacau telur, susu dan gula perang, masukkan esen vanila. Kacau smpai sebati. Tuangkan ke dalam bekas roti tadi.

-Panaskan air fryer selama 3 minit dengan suhu 160 darjah.

-Masakkan guna air fryer selama 10 minit dalam suhu 180 darjah.

kredit: Julia Jsd Kuantan (group Resepi Air Fryer [Malaysia])

0 Ulasan