Resepi Dan Cara Membuat Daging Masak Hitam Simple Dan Sedap

-Bahan-Bahan-
500g daging potong nipis
3 biji bawang merah
2 batang serai
5 ulas bawang putih
4 biji cili kering

--Rempah Tumis--
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar kicap masin adabi
3 sudu besar kicap lemak manis adabi
Sedikit air, garam dan gula

---Cara-Caranya---
1. Blanderkan bawang merah, bawang putih, serai dan cili kering. Tumiskan rempah dan bahan yang dibland tadi.
2. Kemudian, masukkan daging. Kacau sebati dan tambah sedikit air. Tutup sekejap jika perlu.
3. Masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis. Tambah lada hitam dan biji ketumbar yang telah ditumbuk. Kacau sebati.
4. Boleh masukkan kicap manis dan masin. Tambah secubit garam dan gula. Tutup periuk dan kecilkan api selama 20 minit.
Biarkan daging empuk dan masak.
5. Selepas 20 minit boleh angkat. Kuah akan pekat dan daging pun memang lembut.

kredit: fb Bahiah Saripuddin (#dapurcheyah)