Langkah Pencucian Tangan Yang Efektif - yusufultraman.com
News Update
Loading...

Monday, February 03, 2020

Langkah Pencucian Tangan Yang Efektif


Berikut Adalah Langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan kuman dengan melakukan pencucian tangan yang efektif Dikongsi Page FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.


Langkah mengikut urutan dari 1 ke 7.
1. Lekapkan kedua telapak tangan dan gosok.

2. Lekap telapak tangan di atas dorsum tangan kiri dengan jari bersilang dan gosok. Ulangi langkah ini di tangan kiri.

3. Lekapkan kedua telapak tangan dengan jari bersilang dan gosok.

4. Genggam jari tangan kiri, guna tapak tangan kanan, gosok bahagian dorsum, buku jari dan jari tangan kiri. Ulang langkah di tangan kanan.

5. Gosok sekeliling ibu jari kiri dalam genggaman telapak tangan kanan dan sebaliknya.

6. Kuncupkan jari tangan kanan di atas telapak tangan kiri dan gosok secara putaran ke hadapan dan ke belakang. Ulangi langkah ini di tangan kanan.

7. Gosok secara putaran di pergelangan tangan kiri. Ulangi langkah ini di tangan kanan.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done