Ulasan/Review Filem Badla (2019)
Badla filem lakonan Amitabh Bachchan sebagai seorang peguam mewakili Naina Sethi lakonan Taapsee Pannu yang dituduh membunuh kekasih gelapnya Arun. Dia meminta bantuan Badla Gupta seorang peguam bela hebat untuk membebaskan diri daripada tuduhan membunuh.

Naina menjelaskan dia mungkin diperangkap oleh seseorang yang mengetahui tentang hubungan sulitnya dengan Arun. Dia dan Arun telah diarahkan untuk ke sebuah hotel dengan sejumlah wang yang banyak. Sebaik berada di dalam bilik hotel Naina telah dipukul di kepala dan setelah sedar dari pengsan dia melihat Arun disebelahnya telah terbujur kaku berlumuran darah di lantai.


Badla cuba memujuk Naina untuk menceritakan perkara yang benar kerana dia merasakan yang Naina ada menyembunyikan sesuatu disebalik kematian Arun. Di sinilah watak Rani lakonan Amrita Singh dan Nirmal Singh lakonan Tanveer Ghani muncul.

Siapakah mereka? Apakah kaitan mereka dengan kematian Arun . Anda memang tidak akan menyangka kejutannya di akhir cerita ini. Plot twist yang sangat menarik. Personal rating 9/10 untuk filem ini.

Pengarah
Sujoy Ghosh

Lakonan
Amitabh Bachchan, Taapsee Pannu, Tony Luke, Amrita Singh

ulasan oleh: ShashaEsah [isteri saya]