Ulasan Filem Fractured (2019)


Ulasan/Review Filem Fractured (2019)
Mengisahkan seorang lelaki Ray Monroe bersama isteri Joanne dan anak perempuannya Peri dalam perjalanan untuk ke rumah mertuanya menyambut Thanksgiving. Dalam perjalanan mereka berhenti di sebuah stesen minyak untuk membeli bateri radio anak mereka. Kecelakaan terjadi apabila Peri terjatuh di satu lubang di belakang stesen minyak tersebut. Ray yang cuba menyelamatkan Peri turut sama terjatuh. Ray terus membawa anak dan isterinya ke hospital berdekatan untuk di rawat.


Di sana keanehan mula terjadi bila pihak hospital begitu lambat untuk merawat Peri dan bertanyakan berbagai soalan terutamanya tentang insuransnya dan sama ada mereka mahukan Peri diletakkan sebagai penderma organ. 

Peri akhirnya di periksa oleh doktor dan doktor meminta untuk dibuat CAT scan ke atas Peri untuk memastikan kecederaan otak. Peri ditemani isterinya dan dia diarahkan untuk ke ruangan menunggu. Dia yang keletihan tertidur  sehingga pagi sebaik terjaga dia tidak dapat mencari anak dan isterinya. Lalu dia ke ruangan pendaftaran bertanya tentang mereka. Namun bila diperiksa tiada nama anaknya dalam data pendaftran. Ray kebingungan dan cuba mencari sendiri anak dan isterinya. Dia berjumpa jururawat yang merawat anaknya namun jururawat itu menyatakan dia cuma merawat Ray bukan anaknya. 

Di sinilah plot bermula, ray merasakan sesuatu yang tidak kena.Mengapa pihak hospital cuba menyembunyikan anak dan isterinya? Apakah ada komplot jahat dalam hospital yang melibatkan isteri dan anaknya? Anda akan turut sama cemas sepertimana Ray sepanjang menyaksikan cerita ini dan plot twistnya sangat menarik dan tidak disangka-sangka. Pastikan anda menontonya.

Pengarah
Brad Anderson

Lakonan
Sam Worthington, Lily Rabe, Lucy Capri

ulasan oleh: ShashaEsah [isteri saya]

0 Ulasan