Ulasan/Review Filem Luca (2021)
Filem animasi dari Pixar jarang sekali mengecewakan. Antara filem animasi dari Pixar/Disney adalah Ratatouille dan Coco. Filem Luca ini antara yang terbaik pernah disajikan kepada penonton. Dengan kualiti animasi yang sangat memukau, gaya penceritaan yang santai dan karakter yang unik menjadikan filem sesuai untuk santapan seisi keluarga. Ia berlatar belakangkan kehidupan masyarakat Itali.

Luca & Alberto (menjadi separuh 'raksasa laut' bila terkena air)

Luca mengisahkan tentang seekor 'raksasa laut' (sea monster) yang mempunyai keinginan untuk meneroka kehidupan yang ada di atas lautan. Dia sering meninjau permukaan laut namun seringkali risau dan bimbang kerana mengenangkan pesan ibu dan ayahnya agar menghindari permukaan laut.

Alberto & Luca (Manusia)

Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Alberto. Alberto menunjukkan kepada Luca yang mereka 'sea monster' ini boleh berubah menjadi manusia bila naik ke daratan! Luca sungguh teruja dan mengikut Alberto naik ke darat dan belajar untuk menjadi seorang manusia. Disinilah mereka berjumpa Guilia seorang gadis yang riang dan bertenaga yang impiannya besarnya untuk memenangi perlumbaan tradisional Itali (melibatkan berenang,berbasikal dan makan pasta) yang diadakan di bandar kelahirannya.

Alberto, Luca & Guilia

Nilai persahabatan yang ditonjolkan dalam filem ini sangat menyentuh hati bila mana mereka bertiga cuba memenangi perlumbaan yang sebelum ini dijuarai oleh Ercoli Visconti juara 5 tahun berturut-turut. Keangkuhan Ercoli menambah semangat mereka untuk mengalahkannya.

Trailer:

Filem ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

ulasan oleh: ShashaEsah [isteri saya]