Ulasan/Review Filem Time Trap (2017)
Mengisahkan seorang profesor arkeologi yang berusaha mencari ibu, bapa dan adik lelakinya yang hilang di sebuah gua. Dia memaklumkan tentang pencarian itu kepada pelajarnya. 

Setelah 7 hari tidak pulang, pelajarnya cuba mencari profesor mereka. Mereka berempat telah memasuki gua tersebut dan meninggalkan Furby untuk berjaga diluar. Sepanjang di dalam gua mereka mengalami pelbagai perkara aneh. Salah satunya mereka menjumpai mayat Furby terjatuh dari dalam lubang gua.

Mereka menjumpai video kamera Furby lalu memainkannya. Furby mengatakan yang dia menunggu mereka sehingga waktu malam dan terpaksa bermalam di dalam van. Mereka merasa amat hairan kerana mereka berada di dalam gua itu hanya dalam tempoh sejam sahaja.


Apa yang sebenarnya berlaku? Apakah tempoh masa di dalam gua dan di luar gua berbeza? 
Cerita ini menarik dan membuat kita tertanya-tanya hingga ke hujung cerita cuma ending cerita ini agak mengelirukan dan tak tercapai dek akal. Selamat menonton.

Pengarah 
Mark Dennis
Ben Foster

Lakonan
Brianne Howey, Andrew Wilson, Cassidy Gifford, Reiley McClendon 

ulasan oleh: ShashaEsah [isteri saya]