Ulasan/Review Filem Escape From Pretoria (2020)
Escape from Pretoria merupakan kisah benar lakonan Daniel Radcliffe mengisahkan tentang usaha dua orang sahabat iaitu Tim Jenkin (Radcliffe) dan Stephen Lee (Daniel Webber) yang berusaha untuk melarikan diri dari penjara. 


Masing- masing mendapat hukuman 12 tahun dan 8 tahun penjara. Mereka memikirkan idea bagaimana untuk melarikan diri dari penjara sejak hari pertama lagi. Bermula dengan membuat kunci untuk pintu sel menggunakan kayu hanya melalui pemerhatian kunci kepunyaan pegawai penjara.


Setelah berjaya membuka pintu sel, mereka mencuba pula untuk membuat kunci untuk pintu-pintu yang lain. Penuh dengan debaran filem ini semasa menyaksikan usaha mereka untuk menembusi setiap pintu. Rating 9/10 untuk filem hebat ini.

Pengarah
Francis Annan

Lakonan
Daniel Radcliffe, Daniel Webber, Ian Hart, Mark Leonard Winter, Nathan Page

ulasan oleh: ShashaEsah [isteri saya]