Ulasan/Review Filem The Unforgivable (2021)
The Unforgivable mengisahkan tentang Ruth Slater yang baru sahaja dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 20 tahun kerana telah membunuh seorang pegawai polis. 

Anda akan menyelusuri ‘flash back’ yang akan menjawab persoalan mengapa dia bertindak membunuh seorang pegawai polis dan kenangan dia bersama adiknya Katie yang ketika itu berusia 5 tahun. Lakonan mantap Sandra Bullock tidak pernah mengecewakan. 


Kisah ini sarat dengan mainan perasaan yang dijayakan dengan cemerlang oleh Sandra Bullock. Setelah menjalani hukuman penjara dia cuba mencari adiknya yang telah dijadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri. 
[yusufultraman]
Dia menghantar puluhan surat kepada Katie sepanjang dia berada di penjara namun surat-surat tersebut tidak pernah sampai ke tangan Katie. Katie menghadapi trauma disebabkan kejadian pembunuha polis tersebut dan langsung tidak mengingati kejadian ketika itu. Cuma dia sering mendapat imbasan seorang wanita dan dia tidak mengetahui siapa perempuan yang sebenarnya adalah kakaknya sendiri.

Saksikan sendiri bagaimana Ruth cuba untuk mencari adiknya dalam keadaan dia terpaksa berhadapan pandangan serong masyarakat dan dendam anak pegawai polis yang cuba mencari jalan untuk membalas dendam atas kematian bapa mereka.
[yusufultraman]
Penonton akan dapat menyaksikan di penghujung cerita apa yang sebenarnya berlaku dan sememangnya mengejutkan.

Pengarah
Nora Fingscheidt

Lakonan
Sandra Bullock, Vincent D'Onofrio, Viola Davis, Jon Bernthal, Richard Thomas, Linda Emond, Aisling Franciosi, Rob Morgan