Timah Tasoh

Lawatan sehari ke Negeri Perlis Indera Kayangan Jumaat, 4 Februari 2022 
Aku bersama rakan-rakan sekolah dan turut disertai oleh Puan Guru Besar menghabiskan sehari menjelajah negeri Perlis pada 4.2.2022. Destinasi pertama kami adalah view Point Wang Kelian yang terkenal dengan fenomena awan karpet. Kami tiba lebih kurang pukul 10 pagi, memang tak berpeluang la nak tengok awan karpet. Nak tengok awan kena sampai awal di puncak dan menurut peniaga disitu untuk melihat fenomena awan karpet malam nya perlu ada hujan dan baru lah awan karpet tersebut muncul. Tak apalah tak ada awan karpet pun yang penting suasana di atas sana sangat sejuk dan berangin. Ada beberapa point yang cantik untuk bergambar Kalau lapar dan dahaga ada peniaga yang menjual di atas sana. Dah puas bergambar dengan bermacam2 gaya kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Pasang Besar.


Wang Kelian ke Padang Besar anggaran masanya lebih kurang 15 minit. Oh lupa nak bagitahu yang kami menyewa van vip yang super selesa dan cantik siap dengan lampu yang berwarna warni. Padang Besar ni syurga membeli belah bagi wanita. Rambang mata tengok macam-macam benda kat situ. Dari telekung,jersey,peralatan dapur beg,buah-buahan,kekacang,paste tomyam,keronsang,baju kanak-kanak dan banyak lagi lah. Hampa pi tengok sendiri kalau pi. Kalau nak beli apa-apa jangan terus je beli,kena survey dulu harga sebab lain kedai lain harga. Hampa boleh dapat harga yang lebih murah kalau rajin bertanya. Macam buah gajus ada peniaga jual RM48 sekilo,ada jual RM45 tapi kami dapat Rm 40 sekilo,so memang tak rugi kalau rajin bertanya.

Wang Kelian

Dah lenguh berjalan tu,perut pun mintak diisi. Kami makan di kedai yang betul2 tepi jalan. Ada yang order tomyam, pulut ayam, keow teow celup, kerabu maggi, kerabu kaki ayam. Pulut ayam, kerabu maggi sedap, tomyam kurang kick, kecewa betul, dah la dari awal lagi dok aim nak makan tomyam. Kerabu kaki ayam agak masin dan dia punya kaki tu putih betul sampai rasa takut nak makan. Kaki ayam kan kekuningan warnanya. Malas nak pikir jadi tak payah makan. Kawan yang lain makan kat kedai yang dalam sikit, sedap kata depa.

Seterusnya kami bergerak ke Timah Tasoh yang jarak perjalananan dari Padang Besar lebih kurang 20 minit. Di sini pun banyak port menarik untuk bergambar. Di sini ada basikal dan skuter yang boleh di sewa untuk mengelilingi keseluruhan tasik ini. Keretapi atau tram juga ada disediakan kalau rasa malas nak berjalan. Memang cantik pemandangan disini dengan pokok-pokok besar yang rendang.


Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke pasar terapung JPS, tak begitu ramai peniaga di sini dan agak kurang meriah. Boleh bagi ikan dan Arnab makan di sini dengan bayaran Rm2 untuk satu bekas kecil makanan ikan. Kayak juga ada di sediakan untuk mereka yang berminat.


Destinasi terakhir kami adalah Ladang Nipah Khipli di Kuala Sanglang. Banyak menu yang menarik di sini antaranya laksa, pulut ayam, cendol, Lai chi kang, bihun sup, nasi daging, mee rebus, rojak buah, kentang goreng, lock ching dan big cup float. Sayangnya air nira tiada waktu kedatangan kami. Mungkin kehabisan stok. cara nak order makanan di sini pun tersusun dan teratur. Kita perlu pilih meja yang kita nak makan,kemudian terus ke kaunter untuk order, kemudian maklumkan nombor meja kita dan Kita tunggu je lah makanan Kita sampai. Cepat jugak makanan sampai tak perlu tunggu lama. Waktu ni dah keletihan, nak ambil gambar pun dah tak ada mood,hahaha.

Itulah serba sedikit pengalaman lawatan sehari suntuk kami ke Perlis Indera Kayangan.