Ulasan/Review Filem The Sea Beast (2020)
Cerita ini berkisar tentang pemburuan makhluk laut yang sering menganggu kapal-kapal pelaut. Apa yang mengejutkan sejarah yang ditulis tentang makhluk laut ini kontra berbanding apa yang sebenarnya berlaku dan pengarah (Chris Williams) sangat bijak melakarkannya dalam bentuk animasi. 

Bercakap tentang animasi sememangnya sangat cantik dengan warna yang terang dan sudah pastinya dapat menarik minat kanak-kanak.


Cara pemburuan yang ditunjukkan sangat mengujakan dengan teknik yang kita sendiri tidak pernah kita tahu sebelum ini. Kita dapat menyelami suasana berada di atas kapal bersama-sama awak-awak kapal yang sentiasa tahu tugas masing-masing di atas kapal tersebut.

Unsur komedi juga dimasukkan dalam filem ini menjadikan ianya tidak jemu untuk ditonton. 

Filem ini direkomenkan untuk ditonton