FOTO: Page FB FAM

Berikut Adalah Info Jumlah Jualan Tiket Bagi Perlawanan Malaysia VS Thailand Separuh Akhir Pertama Piala AFF Mitsubishi 2022 Yang Akan Berlangsung Pada 7 Januari.

Separuh akhir Piala AFF 2022 akan berlangsung 2 perlawanan secara timbal balik, perlawanan pertama di Malaysia dan kedua di Thailand.

Info tiket ini hanya untuk perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Hanya 59,000 keping tiket yang akan dijual untuk separuh akhir pertama.

21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan disebabkan halangan struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.

Info Tiket Seperti Berikut:
Harga Tiket:
Grandstand: RM60
Premium: RM50
Terbuka: Dewasa - RM30, Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun - RM5
Tiket mulai dijual jam 3 petang ini (4/1/2023). Tiket hanya dijual dalam talian, tiada jualan di kaunter.

Beli Tiket online: Disini

Info Jualan Tiket: 
4/1/2023 - Sebanyak 36,018 terjual (9 malam)
5/1/2023 - Habis 59,000 tiket terjual (1 petang)

*perkembangan jualan tiket akan diupdate dari masa ke semasa