Live BAMTC Malaysia VS India 16 Februari 2023

Hari ini masuk hari ketiga Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di dubai dan semalam skuad Malaysia menewaskan menewaskan Kazakhstan 5-0, India pula menewaskan UAE 5-0 yang turut bersama dalam kumpulan B.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut Malaysia selepas mudah menewaskan UAE pada aksi pertama Selasa lepas. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam ini skuad Malaysia akan bertemu India yang juga ujian atau cabaran sebenar bagi Malaysia dalam kumpulan B berbanding UAE dan Kazakhstan.

Perlawanan malam ini pasti sengit dengan kedua-dua pasukan ingin merebut kedudukan juara kumpulan B walaupun boleh dikatakan India dan Malaysia telah layak ke pusingan suku akhir.

Sama-sama kita nantikan perlawanan malam ini, mampukah Malaysia menjadi juara kumpulan B atau sekadar naib juara. Semoga skuad negara kita menang malam ini!

Badminton Asia Mixed Team Championship 2023
Malaysia VS India
Dubai Exhibition Centre, UAE
Khamis, 16/2/2023 - Jam 9 malam waktu Malaysia

Live Badminton BAMTC Malaysia VS India 16 Februari 2023


Barisan Pemain Malaysia VS India
Perseorangan Lelaki
Lee Zii Jia

Perseorangan Wanita
Wong Ling Ching 

Beregu Lelaki
Aaron Chia/Soh Wooi Yik

Beregu Wanita
Pearly Tan/M Thinaah

Beregu Campuran
Chen Tang Jie/Toh Ee 

*diatas hanya barisan kemungkinan bertemu India, akan diupdate apabila senarai rasmi dikeluarkan BAM sebelum perlawanan

*update 7.50mlm: barisan rasmi pemain bertemu India telah dikemaskini 

-----------------------------------------------

Jadual Dan Keputusan: Malaysia 1-4 India
akan diupdate apabila senarai rasmi dikeluarkan

Game 1: Lee Zii Jia VS Prannoy H. S.
               (21-18, 13-21, 23-25)

Game 2: Wong Ling Ching VS Pusarla V. Sindhu
              (13-21, 17-21)

Game 3: Aaron Chia/Soh Wooi Yik  VS Dhruv Kapila/Chirag Shetty
              (21-16, 21-10)

Game 4: Pearly Tan/M Thinaah VS Treesa Jolly/Gayatri Gopichand Pullela
              (21-23, 15-21)

Game 5: Chen Tang Jie/Toh Ee Wei VS Ishaan Bhatnagar/Tanisha Crasto
               (19-21, 21-19, 16-21)

Kedudukan kumpulan B: India Juara, Malaysia Naib Juara

-----------------------------------------------
*Jadual & keputusan penuh semua perlawanan Malaysia: Disini

FOTO: Page FB Team Malaysia