Live Piala Sumbangsih 2023 JDT VS Terengganu FC

Malam ini aksi yang ditunggu-tunggu perlawanan pembukaan Liga Malaysia 2023 iaitu Piala Sumbangsih atau dikenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah Antara JDT VS Terengganu FC Jumaat, 24 Februari 2023.

Format Perlawanan Piala Sumbangsih 2023 ini sepatutnya dimainkan oleh Johor Darul Ta'zim FC (JDT) sebagai juara Liga Super 2022 bertemu juara Piala Malaysia 2022. Oleh kerana juara Piala Malaysia 2022 juga milik JDT ia diganti pasukan Terengganu FC selaku naib juara Liga Super musim 2022.

Pasukan manakah yang akan memiliki piala pertama dan mata pertama Liga Super musim ini, Kita nantikan malam ini.

Rekod JDT VS Terengganu FC Musim 2022:
Terengganu 1-3 JDT: Piala FA
Terengganu 1-2 JDT: Liga Super
JDT 2-1 Terengganu: Liga Super

Live JDT VS Terengganu FC 24 Februari Siaran Langsung Piala Sumbangsih 2023 


Perlawanan malam ini juga bakal disiarkan secara langsung di TV secara percuma oleh RTM menerusi TV2, Sukan RTM dan Astro menerusi saluran Astro Arena (801).

Kesebelasan Utama kedua-dua pasukan

------------------------------------
Jadual seperti berikut:
Johor Darul Ta'zim FC VS Terengganu FC
Jumaat, 24/2/2023 - Jam 9mlm
Stadium Sultan Ibrahim

Keputusan Penuh:
JDT 2-0 Terengganu FC

Penjaring Gol
Juan Muniz 5'
Bergson 57'

FOTO: Page FB MFL
FOTO Ke-2: Page FB Harimau Malaya

Piala Sumbangsih 2023 Milik JDT Serta 3 Mata Liga Super