Ulasan/Review Filem Drishyam 1 (2015) - Plot
Berkisar tentang seorang lelaki bernama Vijay yang mempunyai perniagaan kabel TV dan suka menonton filem berkenaan misteri dan penyiasatan. 

Musibah menimba apabila anaknya perempuannya Anju telah diugut oleh Sam untuk menyebarkan gambarnya di kamar mandi ketika mereka bersama-sama menghadiri Perkhemahan. 
[yusufultraman]
Anju dengan tidak sengaja telah membunuh Sam ketika Sam datang ke rumah mereka untuk mengugut Anju dan ibunya Nandhini.

Disinilah bermula debaran Penceritaan bila Vijay dan keluarganya cuba menyembunyikan mayat Sam dan cuba menyakinkan polis yang mereka tidak berada di rumah ketika Sam hilang. Masalah bermula apabila salah seorang pegawai polis, Gaitonde, yang sering mencari pasal dengan Vijay ternampak Vijay memandu kereta Sam ketika Vijay hendak melupuskan kereta tersebut. 

Keributan semakin melanda apabila Sam merupakan anak kepada inspektor disitu. Pencarian diperhebat Dan dengan kebijaksanaan Vijay dapatkah dia menyelamatkan anak perempuannya? 
[yusufultraman]
Adakah minatnya menonton filem misteri dan penyiasatan memberi kelebihan Dan idea Kepadanya dalam usaha beliau menyelamatkan keluarganya? Tontonlah memang tak rugi

Review Ringkas
Filem yang mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang sanggup melakukan apa Saja demi menyelamatkan keluarganya yang tercinta. Jalan ceritanya yang tersusun dengan plot-plot yang mendebarkan menjadikan filem ini pilihan terbaik untuk mereka gemarkan filem thriller.

Pengarah
Nishikant Kamat

Lakonan
Ajay Devgn, Shriya Saran, Mrunal Jadhav, Prasanna Ketkar, Ishita Dutta