Review Filem Drishyam 2

Filem Drishyam 2 adalah kesinambungan dari filem Drishyam 1 pada tahun 2015 yang diarah oleh pengarah berbeza. Drishyam diarahkan oleh Nishikant Kamat, manakala Drishyam 2 pula diarahkan oleh Abhishek Pathak. 

Dari segi pelakon pula, kebanyakan watak utama masih lagi lakonan dari pelakon filem Drishyam 1.

Bagaimana dengan Drishyam 2 ini? adakah lebih banyak drama mengejutkan atau sebaliknya? 

Ulasan/Review Filem Drishyam 2 (2022) - Plot

Tujuh tahun berlalu, walaupun Vijay sekeluarga terselamat dari dakwaan membunuh Sam disebabkan tiada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan kes tersebut, Inspektor Meera iaitu ibu Kepada Sam tidak pernah berhenti menyiasat tentang apa yang telah berlaku kepada anaknya.
[yusufultraman]
Dengan dibantu oleh General Inspektor Tarun untuk membuka kembali kes. Vijay telah berjaya menjadi pemilik teater yang terkenal, namun sentiasa berhati2 dengan kes lampau yang menghantui mereka sekeluarga.

Tarun, Meera Dan Gaitonde telah mendapat banyak bukti baru untuk mendakwa Vijay Dan keluarganya. Dapatkah Vijay melepaskan diri kali ini? Banyak plot twist untuk Drisyam 2, memang berdebar-debar sepanjang filem berlangsung, jangan lupa bernafas pulak ok.
[yusufultraman]

Review Ringkas Drishyam 2

Banyak plot twist untuk Drisyam 2. Perasaan cemas Dan mendebarkan sepanjang menonton filem ini. Pengakhiran cerita yang tidak disangka-sangka menjadikan filem ini sangat berbaloi untuk ditonton.

Pengarah
Abhishek Pathak

Lakonan
Ajay Devgn, Akshaye Khanna, Tabu, Shriya Saran