Info Tiket Malaysia VS Turkmenistan & Hong Kong Mac 2023

Pada hujung bulan Mac ini skuad bola sepak negara kita Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong 28 Mac 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Siang tadi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan info mengenai harga tiket bagi kedua-dua perlawanan persahabatan tersebut. FAM juga mengatakan tiket tidak dijual secara fizikal di kaunter stadium, ia hanya dijual secara online.

Info Tiket Malaysia VS Turkmenistan & Hong Kong Mac 2023


Info Tiket Seperti Berikut:
Harga Tiket:
Terbuka: Dewasa - RM30
             : Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun - RM5

Beli Tiket online: Disini

*Tiket mulai dijual 15 Mac 2023

Jadual perlawanan seperti berikut:
Khamis, 23/3/2023
Malaysia VS Turkmenistan: 10mlm

Selasa, 28/3/2023
Malaysia VS Hong Kong: 10mlm

Kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

FOTO: Page FB FAM

*perkembangan jualan tiket akan diupdate dari masa ke semasa jika ada info terkini