Live Liga Super 1 Mac 2023 Kedah VS Terengganu FC

Malam ini empat perlawanan minggu kedua Liga Super 2023 bakal berlangsung, semalam satu perlawanan dan esok dua perlawananan.

Dalam empat perlawanan malam ini salah satu perlawanan yang bakal menjadi tumpuan adalah perlawanan antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) VS Terengganu FC Rabu, 1 Mac 2023 di Stadium Darul Aman. 

Pada perlawanan minggu pertama Liga Super 2023 pasukan Kedah meraih kemenangan 4-1 menentang Perak FC manakala Terengganu FC tewas kepada JDT pada perlawanan Piala Sumbangsih 2023 dengan jaringan 2-0.

Bagaimana dengan perlawanan malam ini? Mampukah Kedah menewaskan Terengganu FC bagi mengutip mata dua perlawanan berturut-turut. Begitu juga dengan pasukan Terengganu FC mesti mereka inginkan kemenangan untuk mata pertama mereka.

Rekod Kedah VS Terengganu FC Musim 2022:
KDA FC 1-3 Terengganu: Liga Super
Terengganu FC 2-1 KDA FC: Liga Super
Terengganu FC 1-0 KDA FC: Piala FA

Live Kedah VS Terengganu FC 1 Mac 2023 Siaran Langsung Liga Super


Perlawanan malam ini juga akan disiarkan secara langsung di TV secara percuma oleh RTM menerusi TV2, Sukan RTM.

------------------------------------
Kesebelasan utama kedua-dua pasukan

Jadual seperti berikut:
Kedah Darul Aman FC VS Terengganu FC
Rabu, 1/3/2023 - Jam 9mlm
Stadium Darul Aman

Keputusan Penuh: KDA FC 1-0 Terengganu FC

Update: 9.50mlm - tamat separuh masa pertama masih 0-0
Update 10.46mlm: minit ke 70' masih 0-0
Update 11.07mlm: Kedah 1-0 Terengganu FC jaringan Fadzrul Danel

Penjaring Gol
Fadzrul Danel 90'

FOTO: Page FB MFL

*Jadual Live Liga Super 2023 Siaran Astro Dan RTM: Disini