Saingan Liga Super 2023 akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada skuad Harimau Malaya menghadapi perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 malam ini Malaysia VS Turkmenistan 23 Mac 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Selain perlawanan malam ini, skuad Harimau Malaysia juga akan menghadapi satu lagi perlawanan Persahabatan Antarabangsa pada 28 Mac 2023 nanti menentang Hong Kong yang juga akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Pada tahun lepas Malaysia bertemu Turkmenistan di Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia 3-1. Gol skuad Harimau Malaya dijaringakan oleh Safawi Rasid, Faisal Halim dan Corbin-Ong pada separuh masa pertama.

Bagaimana pula dengan perlawanan malam ini? Semoga Malaysia menang malam ini seperti tahun lepas dapat menewaskan Turkmenistan. Sama-sama kita nantikan malam nanti.

Siarang Langsung Malaysia VS Turkmenistan 23 Mac 2023 Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 FIFA


Jadual Seperti Berikut: 
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
Malaysia VS Turkmenistan
Khamis, 23/3/2023 - Jam 10mlm 
Stadium Sultan Ibrahim, Johor

Kesebelasan Utama

Keputusan Penuh
Malaysia 1-0 Turkmenistan

Penjaring Gol
Akhyar Rashid 28'

------------------------------------------
FOTO: Page FB TV9 Di Hatiku dan Page FB FAM