FOTO: Page FB TV3

Sinopsis Telefilem Pa'e Slot Cerekapilihan TV3
Mengisahkan mengenai Pae lakonan Shaheizy Sam, iaitu seorang pelajar miskin, tetapi gigih belajar dan tinggal bersama bapanya yang sudah lanjut usia.

Dia terpaksa menaiki perahu yang sudah bocor untuk menyeberangi sungai sebelum dapat tiba di sekolah.

Cikgu Shahrin, seorang yang berhemah dan berdedikasi simpati dengan keadaan Pae dan mengajaknya untuk tinggal bersamanya.

Di sekolah ada seorang pelajar nakal, Zulkafli atau Ajoy yang malas belajar, tidak buat kerja sekolah, hisap rokok, sering mengganggu pelajar perempuan dan kerap bergaduh.

Semakin hari, Ajoy sakit hati dengan layanan baik Cikgu Shahrin terhadap Pae. Ajoy kemudian memendam rasa dengki dan menabur fitnah dengan mengatakan mereka melakukan hubungan sejenis.
-sinopsis petikan dari BH Online 28 Julai

Sinopsis Pendek
Pae pelajar miskin tetapi gigih belajar. Dia tinggal bersama bapanya yang tua. Dia terpaksa naik perahu menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Perahu mereka sudah bocor dan kena tampal selalu.
-info rujukan: Astro TV guide

Lakonan
Shaheizy Sam (Pa'e), Bell Ngasri (Zulkafli/Ajoy), Harun Hashim (Cikgu)

Sabtu (29 Julai 2023), jam 2 petang di TV3