FOTO: Page FB KDA FC

Live Update Siaran Langsung Perlawanan Liga Super Antara Kedah Darul Aman FC VS Selangor FC Yang Akan Berlangsung Sabtu, 2 Disember 2023.

Malam ini Kedah bakal menerima kunjungan Pasukan Selangor FC bagi perlawanan Liga Super 2023 LS25 di Stadium Darul Aman.

Pasukan Kedah kini berada di kedudukan ketiga dengan 53 mata, manakala Selangor pula di kedudukan kedua dengan 55 mata. Jika menang malam ini Kedah akan memotong Selangor untuk tangga kedua. 

Andai menang perlawanan malam ini Kedah juga perlu tewaskan Sabah untuk perlawanan terakhir Liga Super nanti bagi menjamin tempat kedua liga dan layak ke Piala AFC musim depan. Bagi Selangor pula mereka harus menang malam ini untuk layak ke Piala AFC, jika kalah mereka terpaksa menunggu perlawanan terakhir dan mengharapkan Kedah kalah. 

Pasukan mana yang akan berada di kedudukan kedua cara Liga Super malam ini? sama-sama kita nantikan perlawanan sengit ini.

Liga Super 2023 LS25
Kedah Darul Aman FC VS Selangor FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Sabtu, 2/12/2023, jam 9mlm

Live Liga Super LS25 Kedah Darul Aman FC VS Selangor FC 2 Disember 2023


Keputusan Penuh
Kedah 0-1 Selangor

Penjaring Gol
Ayron Del Valle 64'

Tonton Secara Online
Bagi peminat yang ingin menonton perlawanan ini secara percuma boleh layari di Sooka (klik). Sooka belanja free semua perlawanan sukan pada 2 dan 3 Disember.

Rekod Pertemuan Kedah VS Selangor
Liga Super 2023: Selangor 3-2 Kedah
Liga Super 2022: Kedah 3-1 Selangor
Liga Super 2022: Selangor 4-1 Kedah
Liga Super 2021: Kedah 2-4 Selangor
Liga Super 2023: Selangor 1-2 Kedah