Live Update Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Pemanas Badan Antara Syria VS Malaysia Yang Akan Berlangsung Isnin, 8 Januari 2024.

Malam ini akan berlangsung perlawanan persahabatan pemanas badan antara Syria menentang Malaysia di Pusat Latihan Doha, Qatar menjelang Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah memulakan sesi latihan di Qatar sejak 1 Januari lalu bagi persiapan Piala Asia 2023 nanti.

Live Perlawanan Persahabatan Malaysia VS Syria 8 Januari 2024 Aksi Pemanas Badan


Bola Sepak Aksi Pemanas Badan 
Malaysia VS Syria
Team Base Camp, Doha, Qatar
8/1/2024, Isnin: Jam 1.30pg (waktu Malaysia-awal pagi Selasa)

Keputusan
Keputusan Syria 2-2 Malaysia

Gol Malaysia
-Arif Aiman 39', Paulo Josue 78'

Tonton Secara Online
Difahamkan perlawanan persahabatan ini diadakan secara tertutup dan tiada live siaran tv, walau bagaimanapun jika terdapat sumber dari mana-mana pihak admin akan letak nanti.

Rekod Pertemuan Malaysia VS Syria
Persahabatan 2023: Syria 2-2 Malaysia
Persahabatan 2017: Malaysia 1-2 Syria
Persahabatan 2014: Malaysia 0-3 Syria
Persahabatan 2009: Malaysia 4-1 Syria