yusufultraman.com - Info Semasa: Sukan, Ads Review & Lain2

Website Mengenai Info Terkini:Isu Semasa, Hiburan, Sukan, Kartun, Ads Network & Pelbagai Lagi

Sinopsis & Trailer Filem Despicable Me 2



Mengisahkan kehidupan Gru (Steve Carell) sebagai seorang ayah, membesarkan tiga tanggungan kecilnya - Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier) dan Agnes (Elsie Fisher).

Sejak meninggalkan kerjayanya sebagai seorang penjenayah, Gru kini terpaksa menyara keluarganya dengan menghasilkan jeli dan jem buatan sendiri. Tetapi perniagaannya gagal menjana sebarang keuntungan apabila hasilnya kurang enak untuk dimakan.

Dalam kepeningan Gru memikirkan bagaimana hendak mencari nafkah buat keluarganya, dia didatangi sebuah organisasi rahsia yang dikenali sebagai Anti-Villain League dengan tawaran untuk menyertai mereka dalam usaha menentang kejahatan. Ini kerana tiada calon yang paling sesuai untuk membanteras kejahatan kecuali seorang bekas penjahat.

Berpasangan dengan Lucy Wilde (Kristen Wiig), Gru bertanggungjawab menjejak penjenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Pada masa yang sama, Gru terpaksa menyelesaikan masalah yang berdepan setiap ayah - Agnes yang dambakan kehadiran seorang ibu dalam keluarga mereka, Edith yang sebenarnya kecewa Gru sudah meninggalkan kehidupan jenayahnya dan Margo yang mula memberi perhatian pada budak lelaki.Sejauh manakah Gru berjaya mengimbangi kerjaya barunya di samping tanggungjawabnya sebagai ayah?

Pengarah
Pierre Coffin

Lakonan
Chris Renaud, Al Pacino (voice), Steve Carell (voice), Miranda Cosgrove (voice), Kristen Wiig (voice)

Tarikh Tayangan - 4 Julai 2013

Trailer
loading...
Labels: filem, hiburan

Thanks for reading Sinopsis & Trailer Filem Despicable Me 2. Please share...!

0 Comment for "Sinopsis & Trailer Filem Despicable Me 2"

Back To Top