Hujan Slot Azalea TV3 Ganti Iman Nabila - Sinopsis Hujan TV3 - Kehidupan Azura dan Azaril tidak seperti kanak-kanak biasa. Mereka tidak pergi ke sekolah dan mendapat wang untuk hidup dari mengumpul tin timah. Hujan yang berterusan telah menjadi rakan mereka sepanjang hayat. Ibu mereka, Maryam, tidak mampu untuk memberikan kehidupan yang baik kepada mereka berdua.

Bapa mereka, Jalil, seorang kaki judi tegar dan kerap kali meminta wang dari Maryam untuk memuaskan nafsu ketagihannya. Oleh itu, kerana hutang Jalil, Azura dan Azaril dipisahkan antara satu sama lain.  Pemisahan ini telah mengubah kehidupan Azura dan Azaril. Azura melarikan diri daripada Jalil dan tinggal bersama Jahara. Manakala, Azaril meneruskan hidup dengan harapan akan bertemu dengan kakaknya suatu hari nanti.

Producer 
Puan Hajah Sheila Rusly

Director 
Haji Azman Haji Yahya ( Jinggo )

Lakonan
Shahrul Rizwan, Miera Liyana, Aidil Aziz, Azza Suaymi, Kishmar Johar, Catriona Ross, Yuss Waisar, Zila Bakarin.

Setiap Isnin-Khamis, Mulai 8 Julai 2013, Jam 4 Petang di TV3