Telefilem Abah Tak Balik Malam Raya 
Basri merupakan anggota penyelamat yang berkahwin dengan Murni. Mereka dikurniakan sepasang anak iaitu Bobby dan Zara. Malangnya, Basri terkorban semasa bertugas sehari sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Melihat adiknya selalu sesak nafas setiap kali merindui abah mereka, Zara sering memujuk abangnya bahawa abah mereka akan pulang ke rumah malam raya nanti. Zara dan ibunya terpaksa melakukan pelbagai pembohongan setelah pemergian Basri. Bagaimana Bobby berdepan dengan realiti yang abahnya tidak mungkin pulang pada malam Raya ini?

Lakonan
Faezah Elai, Azhan Rani, Riz Amin, Yaya Maembong, adik Khayreesha, adik Rykal, Mak Engku

18 Ogos 2013, Ahad (Malam ini) - 10 malam di TV3