yusufultraman.com - Info Semasa: Sukan, Ads Review & Lain2

Website Mengenai Info Terkini:Isu Semasa, Hiburan, Sukan, Kartun, Ads Network & Pelbagai Lagi

Jadual & Cuti Penggal Persekolahan 2018

Berikut Adalah Jadual Dan Cuti Penggal Persekolahan Tahun 2018 Bagi Sekolah-Sekolah Di Setiap Negeri.

Jadual bagi sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu:
Jadual bagi sekolah di P. Pinang, Perlis, Selangor, Perak, Melaka, N. Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya:
sumber gambar - page fb Kementerian Pendidikan Malaysia

Semakan Keputusan UPSR 2017 Secara SMS

lebih jelas klik gambar

Keputusan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) akan diumumkan pada 23 November 2017 (Khamis depan), berikut adalah cara semak UPSR menerusi SMS.

Cara seperti berikut:
Taip: UPSR <jarak> Angka Giliran dan SMS ke 15888

Semakan online bermula 10 pagi (23/11/2017) hingga 6 petang (29/11/2017)

sumber gambar - web MOE

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019

gambar hiasan

Permohonan calon SPM 2017 ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi pengajian 2018/2019 

Permohonan boleh dibuat mulai:
1 Julai 2017

Tarikh tutup - 30 November 2017

untuk syarat kemasukan dan cara memohon rujuk terus ke web matrikulasi.moe.gov.my

Jadual MUET Sesi Mac, Julai & November 2017

Berikut adalah jadual peperiksaan MUET sesi Mac, Julai dan November bagi tahun 2017.

untuk lebih jelas klik gambar
untuk rujukan ataupun sebarang perubahan boleh ke web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia

Permohonan Kolej Vokasional & SM Teknik Ambilan Januari 2017

gambar hiasan

Program Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2017 Bagi Murid Lepasan Tingkatan 3 Tahun 2016.


Permohonan boleh dibuat mulai:
11 Oktober - 25 Disember 2016

Tarikh Tutup Permohonan:
-25 Disember 2016

untuk syarat kemasukan dan mohon online rujuk terus ke website sptv.moe.gov.my

-rujukan web MOE
Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2017

Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2017

Permohonan murid ke tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia bagi ambilan 2017 (tahun depan) secara online.

Permohonan boleh dibuat mulai:
-1 April - 31 Ogos 2016

Syarat seperti berikut:
-Warganegara Malaysia
-Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual,Tari,Teater,Muzik)
-Sihat
-Hanya permohonan online akan diproses

untuk syarat kemasukan dan mohon online rujuk terus ke website essem.moe.gov.my

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012

Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya boleh mengemukakan permohonan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui permohonan dalam talian sahaja.

Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh dilakukan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.-petikan utusan

upu.mohe.gov.my

Tarikh buka Permohonan
10 Januari 2011

Tarikh tutup Permohonan
04 April 2011

Keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 diumumkan
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : 1 Julai 2011
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : 5 Mei 2011

Permohonan kemasukan ke IPTA adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my

Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun GIRO sehari selepas iklan disiarkan.

klik - SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2011/2012
Format Baru PMR Dan UPSR Mulai 2016

Format Baru PMR Dan UPSR Mulai 2016

SYDNEY: Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru mulai 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid Tahun 6 akanmempunyai bentuk dan format yang agak berbeza.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru.

"Kalau kita nak mulakan penambahbaikan UPSR dan PMR itu, ia mungkin akan bermula seawal-awalnya pada tahun 2016.

"Pelajar yang telah ada dalam sistem sekarang ini tidak perlu kita hadapkan dengan ujian baru kerana mereka telah berada dalam sistem ini...tapi kohort yangbaru masuk mungkin pada 2011, maka ujian yang pertama ialah pada 2016," katanyakepada wartawan Malaysia di sini, Sabtu.

Beliau berkata rundingan ketiga dan terakhir meja bulat mengenai penambahbaikan sistem peperiksaan itu telah selesai dan mereka menerima baik pandangan dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan kementerian. "Secara kasarnya saya boleh sebutkan, umumnya ramai bersetuju bahawa UPSR itu perlu dikekalkan tetapi mesti ada penambahbaikan manakala bagi PMR pula umumbersetuju ia diganti dengan penilaian berasaskan sekolah.

"Yang penting di sini ialah setiap peringkat kemajuan murid dan pelajar sekolah itu perlu dinilai," katanya.

Muhyiddin berkata antara penambahbaikan yang mungkin dilakukan untuk UPSR ialah 60 peratus penilaian murid akan berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih manakala 40 peratus lagi berdasarkan kokurikulum atau sivik.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet dan maklumat terperinci mengenai penambahbaikan itu akan diumum apabila ia diputuskan secara muktamad.

Mengenai penilaian berasaskan sekolah bagi PMR pula, Muhyiddin berkata Lembaga Peperiksaan akan memainkan peranan penting untuk menyelaras bentuk ujian yang akan dilakukan di peringkat sekolah itu.

"Mungkin dalam masa seminggu lagi kita akan maklumkan secara muktamad," katanya.

Muhyiddin berkata penambahbaikan itu akan memperkukuhkan lagi sistem dan kualiti pendidikan negara, dan tidak dilihat sebagai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Beliau berkata program perintis penilaian berasaskan sekolah itu telah dilaksanakan sejak 2008 dan sehingga kini ia melibatkan 550 sekolah.

Penambahbaikan sistem peperiksaan UPSR dan PMR itu akan melibatkan perubahan dari segi kurikulum, buku dan latihan untuk guru, katanya. - BERNAMA

sumber-http://mstar.com.my
Guru cuti dua hari Sabtu sebulan

Guru cuti dua hari Sabtu sebulan

Pengetua wajib beri rehat untuk kurangkan beban tugas pengajar

PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.
Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini semalam.

BERNAMA memetik Alimuddin berkata, pihak sekolah bagaimanapun boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang guru merancang aktiviti keluarga.

Selain itu, beliau berkata, jika Sabtu jatuh pada hari kelepasan am, sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas.

Beliau mengulas rungutan guru yang dipaksa guru besar dan pengetua supaya mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu, menyebabkan mereka tiada waktu rehat secukupnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran mempertimbangkan supaya guru hanya bekerja lima hari seminggu, sama seperti penjawat awam lain.
Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, meminta semua pengetua dan guru besar akur surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

Katanya, ini kerana tindakan segelintir pengetua dan guru besar yang memaksa guru mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu hanya merugikan pihak sekolah dan guru sendiri.

“Jika guru dikerah mengajar setiap Sabtu, ia boleh menyebabkan mereka hilang fokus akibat keletihan apabila mengajar pada minggu berikutnya.

“Keputusan supaya guru wajib diberi rehat dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan adalah langkah yang tepat, namun NUTP tetap berpendapat guru wajib rehat pada setiap Sabtu,” katanya.

Selain itu, beliau meminta kementerian mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005 yang memberi kelonggaran kepada sekolah melaksanakan program pendidikan tidak lebih dua kali Sabtu dalam sebulan.

sumber-berita harian
Pendidikan seks diserap dalam subjek lain

Pendidikan seks diserap dalam subjek lain

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, ini kerana subjek yang lebih dikenali sebagai pendidikan kesihatan reproduktif telah dimasukkan dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan dan subjek lain seperti biologi, sains, sains tambahan, pendidikan moral dan pendidikan Islam.
Justeru, katanya, kementerian dalam memantapkan pengajaran guru dalam subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah membuat persedian untuk melatih guru di sekolah menengah dan rendah menjadi Jurulatih Utama (JU) di peringkat kebangsaan dan mereka ini akan melatih guru di peringkat negeri.
"Kursus JU berhasrat untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dan mencari pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam P&P di dalam kelas seperti yang hasratkan dalam kurikulum," katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Sophia Brodi di Dewan Negara hari ini.

Doris Sophia ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan subjek pendidikan seks di dalam kurikulum sekolah dan kajian yang telah dijalankan berkenaan subjek tersebut dan bila ia akan dilaksanakan.

Dr Mohd Puad berkata, peranan ibu bapa serta penerimaan masyarakat juga adalah penting bagi membantu guru dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan kesihatan reproduktif ini kepada para pelajar.

"Sikap keterbukaan ibu bapa dalam membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka sendiri dan sokongan pihak-pihak lain kepada guru secara tidak langsung dapat membantu keberkesanan kurikulum ini di sekolah.
"Ini sekaligus dapat mengurangkan sensitiviti yang mengiringi isu seksualiti supaya ia diterima sebagai hakikat proses semulajadi yang perlu dilihat dalam perspektif tepat dan sihat," katanya. - Bernama

sumber-berita harian
Back To Top