Wedding - Waffley or lawfully -

LOS ANGELES - Satu rakaman video majlis perkahwinan menjadi popular di laman web YouTube di Internet kerana pengantin wanita tidak dapat menahan ketawa disebabkan suaminya tersilap menyebut perkataan semasa melafazkan ikrar perkahwinan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika pasangannya, Andrew Engstrom melafazkan ikrar perkahwinan, dia tersalah sebut perkataan 'waffle-y' bagi menggantikan perkataan 'lawfully'.

Sebutan tersebut menyebabkan pengantin wanita, Mellisa ketawa terlampau kuat di hadapan pastor yang mengendalikan majlis perkahwinan itu.Majlis perkahwinan itu dipercayai diadakan di sebuah lokasi di Amerika Syarikat (AS). - Agensi

sumber-kosmo