MELBOURNE - Satu siaran berita di Australia dikejutkan dengan kemunculan seekor burung 'camar gergasi' yang melintas di belakang seorang pembaca berita lelaki, Peter Hitchener, lapor sebuah akhbar semalam.

Hitchener sedang menyampaikan laporan mengenai satu kes pembunuhan di rangkaian Channel Nine kelmarin apabila burung camar gergasi itu muncul di kamera yang terletak di belakangnya.

Semasa kejadian, satu kamera studio diletakkan menghadap ke luar bangunan studio bagi merakamkan gambar bandar raya Melbourne.

Walaupun terperanjat, Hitchener tetap tenang dan tidak tergamam dengan kehadiran burung camar gergasi itu.

"Teruknya, camar itu kembali lagi, kerana burung yang sama membawa masalah kepada kami sebelum ini," katanya.

"Hampir 50 saat menjelang pukul enam, camar ini muncul dan mula mematuk kamera kami dan ia mempunyai mata yang paling besar pernah dilihat seumur hidup anda," tambahnya.

Kemungkinan saiz burung itu menjadi lebih besar kerana ia berada rapat dengan lensa kamera. - Agensi

-sumber-kosmo

cis...rasa tertipu plk..
ingat camar gergasi btl..
ekeke