RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan

padanya selain daripada naungan Allah" (Hadis riwayat Muslim dan Imam Ahmad)

Sikap suka berhutang hendaklah dielakkan sebaliknya amalkan sifat qanaah iaitu bersyukur dan reda apa yang ada dengan memastikan keperluan tidak melebihi kemampuan sehingga terikat dengan hutang.

Sebaik-baiknya sebelum berhutang, buatlah pertimbangan yang wajar sama ada sesuatu itu kepentingan mendesak atau sekadar keinginan untuk berlagak kerana hutang yang tidak mampu dibayar akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

Setiap yang dinamakan hutang wajib dibayar walau sekecil mana pun dan dengan siapa pun ia berhutang termasuklah orang kafir. Malah dikira berdosa bagi orang yang berniat tidak mahu membayar hutangnya.

Membebaskan hutang orang yang susah atau mengurangkannya adalah satu perbuatan terpuji dan ganjarannya amat besar di sisi Allah.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

sumber-berita harian