NEW YORK - Seekor ibu itik yang membina sarang di kawasan trafik yang sibuk terbang meninggalkan beberapa ekor anaknya selepas panik apabila beberapa penduduk cuba menyelamatkan anak-anaknya di sebatang jalan raya yang sibuk di sini, lapor New York Post semalam.

Ibu itik itu terbang di dua batang jalan raya sambil mengeluarkan bunyi yang kuat sebagai panduan untuk anak-anaknya melalui satu laluan trafik yang sibuk selepas ditinggalkan oleh ibunya.

Seorang pekerja di Institut Kebudayaan Itali di sini, Valeria Anzolin yang melihat ibu itik yang panik itu sanggup menggunakan kertas akhbar untuk membawa sebahagian daripada anak haiwan tersebut ke tempat ibunya di tepi sebatang jalan raya.

Namun, ibu itik itu hinggap di tempat lain.

Dua anggota renjer di bandar raya itu, Sheridan Roberts dan Sunny Corrao mendapat idea dengan meletakkan anak-anak itik tersebut ke dalam sebuah bekas yang diletakkan di tepi sebatang jalan raya.

Ibu itik itu mendekati bekas itu dan semua anaknya kemudian dibebaskan sebelum renjer tersebut memberi panduan kepada haiwan berkenaan untuk menuju ke sebuah tasik berdekatan. - Agensi

sumber-kosmo