Nintama Rantarou merupakan satu siri anime yang diterbitkan oleh syarikat NHK bagi program pendidikan dan hibukan kanak-kanak Jepun. Ceritanya berasaskan dari sebuah manga bertajuk "Rakudai Ninja Rantarou" (Kegagalan Ninja Rantarou) oleh Amako Soubee. Ia mula muncul pada tahun 1993 dan masih ditayangkan. Pada mulanya, ia dipaparkan dalam bentuk setengah jam, dengan anggaran 12 minit sebelum iklan dan satu lagi selepas iklan. Walau bagaimanapun, kini ia telah berubah format yang memberikan tayangan 10 minit setiap segmen untuk 30 minit termasuk pembukaan (jadi, ceritanya lebih kurang 7 minit sahaja). Pada April 2002, episod-episod baru dikeluarkan berdasarkan manga jilid 29 dan mempunyai set baru bagi kredit pembukaan dan penutup.

Di Malaysia, anime ini lebih dikenali sebagai "Ninja Boys" dan pernah ditayangkan di RTM2, ntv7 dan kini ditayangkan di Astro Ceria setiap hari.

sumber-wikipedia